Friday, 1 July 2011

Andainya lelaki tahu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Tuesday, 28 June 2011

sadness ~~

27 june,,sebenarnya hari yg ptt aku bahagia...hari kelahiran aku,...
bergelak ketawa dgn along,sgt menggembirakan,,memuaskan hati ibunda turut menyenangkan...tetapi,,mcm2 berlaku utk tarikh ini...
salah satunya apabila perkara buruk berlaku,,but,its ok,,sume ni ada hikmahNya..
dan yg plg memilukan,,pd tarikh ni,mcm xde function je aku utk org2 yg aku syg...berjauhan sgt memilukan...klu dlu,seronoknya...dgn kawan2 pd tarikh lahir ni...dgn bla bla bla...tp tahun ni,aku bergelak ketawa dgn mak n along jer..okay,,mak kata xpelah,nk bt camne kekasih n kwn2 jauh...
mak kan ada ='( ,sebak mak ckp mcm tuh...dan,,,selalunya mlm besday msti ada orang yg berebut mempelawa utk belanja mkn mlm..salah sorangnya abah..ermm apak cayer...abah suka sgt lyn kerenah aku,apa yg aku nk,..apa yg aku mkn msti abah yg lebih2 mkn,,hehehe..sbb tu aku ejek abah gemok kuat mkn..pdhl xgemok pn org tua tu...hahaaha..ermmm...kebiasaannya setiap tahun aku n mak msti akan masak nasik ayam utk dijamu oleh sesiapa yg ptt ler...n msti potong kek kt rmh..kt rmh wan aku pn msti bt bakar2 n potong kek lagiiiiiiiiiiiii...tp tahun ni,,mummy cayer ckp,xpyh kek la dik..."ok mak"...hohoho..seriously,,tarikh lahir saya tahun ni kurang menyeronokkan...saya hanya dpt mengalirkan airmata jer...sweet kan? sbb nangis,,hehehe...skrg,baru aku sedar akan sesuatu..subhanallah...Allah Maha Mengetahui akan apa yg terjadi...semoga Allah akn terus menyedarkan aku...insyaallah... 

Dunia ini penuh dengan KONSPIRASI JAHAT

"Mereka membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu, dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya."

Indahnya Al-quran ^^


Kita telah dilahirkan dengan pengetahuan agama yg teguh..dgn gambaran sikap Nabi Muhammad s.a.w yg cintakan al-quran..
Beliau senantiasa menanti ayat2 Allah s.w.t dgn penuh kerinduan..
Membaca dgn benar,mempelajari kandungan al-quran..
Percayalah,,Al-quran terlalu indah utk kita,ketenangan hati pasti dirasai..
Subhanallah,tidak terkata..
Sesungguhnya al-quran itu adalah penjelasan yg sgt kukuh mengenai kehidupan ini...
Segala2nya telah tercatat,jadi bersedialah menjadi hambaNya yg sentiasa beriman kepadaNya..Amin...
Cintai Allah s.w.t,kerana Allah s.w.t tidak pernah mempersia2kan kita..
Allah s.w.t sentiasa bersama kita..RIGHT???

Monday, 27 June 2011

Ketahuilah kamu akan kasih syg saya ~~

sayang,
hanya utk kamu,
cinta,
hanya utk kamu,
kamu yg menyinari hidup saya,
kamu yg membahagiakan saya,
kamu sentiasa disisi saya,
saat suka duka,
jika kamu yakin akan kasih syg saya,
percaya pada hati,
bahawa saya adalah milik kamu,
percaya pada takdir,
bahawa saya hanya utk kamu,
tiada cinta seindah ini,
tika saya bersama kamu,
kamu terlalu bermakna,
kamu memberi makna,
dari segi sifatmu,
dari segi belaianmu,
dari segi senyumanmu,
dari segi agamamu,
dari segi kasih sayangmu,
dari segi keikhlasanmu...

ketahuilah,akan indahnya cinta jika memiliki insan yg membuatkan diri sentiasa tersenyum dan selesa..
seperti kata-katamu,,,memiliki yg terbaik setelah memiliki yg tidak sempurna disisi kita...subhanallah,inilah ujian ALLAH S.W.T utk hambaNya..percayalah,Janji Allah itu Pasti..jadi,,sabar menanti..tapi,cintai Allah sebelum mencintai saya... ^_^

AKAN INDAHNYA CINTA ^^

Di Saat Aku Mencintaimu – Dadali


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku



Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta